You Are Reading

13

KOLEKSI SAJAK TERBAIK HARI GURU 2010!!!!

amirul imran Saturday, May 15, 2010
SALAM ISLAM...
hari dah 15 haribulan 5,, so esok jadi 16 haribulan,, hari guru.. hmm... tetiba plak aku teringat kat guru-guru di Sek Keb Tengku Ampuan Mariam n Sek Men Sains Dungun... rindu sangat kat mereka... kalau sebelum ni aku selalu sambut hari guru kat sekolah dengan penuh meriah,, tapi bila start je masuk universiti tahun lepas,, aku dah tak sambut dengan penuh memori lagi.. lebih-lebih lagi skarang ni aku belajar ngan orang jepun,, lagi lah tak merasa erti hari guru yang sebenar coz diaorang tak ada sambutan kat negara matahari terbit sana... huhu... n one more thing,, bila masuk je 16 haribulan,, aku mesti teringat kat abang aku n best friend aku... tahu kenapa?? coz 16 haribulan ialah hari ulang tahun kelahiran mereka.. so,, aku nak amek kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Awathif Yusoff n Muhammad Saidi Azman.. semoga panjang umur dan murah rezeki... opsss.. dah terlari dari tajuk asal plak... ok,ok.. aku, Mohd Amirul Imran bin Azman,, bakal perdana menteri ke 7, ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru diluar sana terutamanya guru-guru SEK KEB TENGKU AMPUAN MARIAM DAN SEK MEN SAINS DUNGUN DAN JAD...(khas untuk mentor aku, Teacher Faridah).. hmm.. terima lah koleksi sajak yang ku tujukan khas untuk para guru!!!


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dia Seorang Guru Tua
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan
1989
Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...
Nazariah Nasir

SEKAPUR SIREH BUATMU GURU
Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insane terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!
Ahmad Abid Khairuddin

13 kata-kata manis:

Has said...

tidak tercapai seperti sajak2 ini..
tidak pernah juga menjadi guru di sekolah untuk merasai sambutan hari guru (sebagai seorang guru)..
cuma menjadi diri sendiri setiap hari dan memberi setakat yang mampu (mungkin lebih banyak menerima :D )
tapi sangat happy dan hargai tiap tahun dengan karya-karya pelajar JAD yang bergantungan di JAD semasa Hari Guru :)
p.s: jgn risau kalau tak de orang komen.. ada pembaca setia pun sudah cukup baik :D teruskan menulis! :)

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

walaupun sambutan tak semeriah sekolah dulu,, tapi hati kami tetap seikhlas seperti dulu untuk mengucapkan selamat hari guru kepada sensei-sensei di luar sana!!!!!!

ezlin said...

Selamat hari guru..

Ganaish said...

ok tetapi kamu tulis insane yang bermakna gila dlm bi

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

@ganish

terima kasih kerana menegur.. =)

Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Terima kasih cikgu..

Muhammad Izuan said...

selamat hari guru...

Anonymous said...

Hi! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization?
I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very good results.
If you know of any please share. Thank you!
Also visit my homepage :: Sandpoint waterfront

Anonymous said...

Fantastic beat ! I wish to apprentice at the same time as you amend your site,
how could i subscribe for a weblog web site? The account
aided me a acceptable deal. I have been a little bit acquainted
of this your broadcast provided brilliant clear concept
my page: www.clearblueeasyfertilitymonitors.info

Anonymous said...


Having read this I believed it was extremely informative. I appreciate you spending some time and effort to put this informative article together. I once again find myself spending a significant amount of time both reading and commenting. But so what, it was still worthwhile!

FaShiHa said...

mohon ambil salah satu sajak d atas utk dibaca student saya sempena majlis persaraan seorang guru nnt.
tq n keep on writing

Anonymous said...

Sya tk, sya ambik dua. ;-)

green fox 279 said...

saya ambik semua tak de satu pun yg tertinggal

 
Copyright 2010 . .