You Are Reading

3

I NEED YOUR HELP!!! BURUNG DAN ISRAEL..

amirul imran Friday, June 4, 2010
SALAM ISLAM...

ok,, tanpa nak melengahkan masa korang untuk membaca blog aku yang akan berjela-jela seumpama roti jala ni,, aku ingin terus direct ke tujuan utama post kali ni ditulis without any simpang rengang mahupun kampung simpang empat lagi..

aku sebenarnya dua minggu lagi ada satu pertandingan debat bahasa jepun,, so aku nak lah tanya korang kot-kot ada hujah-hujah yang bernas.. aku percaya korang semua mempunyai otak yang bergitu geliga seumpama kampung geliga yang mampu memberi hujah-hujah sangat bernas seperti beras cap benas.. hehe.. ok,ok... tajuk debat aku ialah,, ”動物園を廃止するほうが良いです” dan aku berada di pihak sokong... so, macam mana,, dah ada hujah untuk tolong aku?? ape,, tak faham?? opsss,, sory... tunggu jap coz aku translatekan ke bahasa melayu dulu... (berfikir).. ok,, tajuk nya dalam bm ialah,, zoo lebih bagus dihentikan operasinya..

aku harap sangat korang boleh tolong berikan sedikit hujah kenapa kita perlu hentikan operasi zoo... tolong yerk... nampak tak aku tengah berlutut sambil merayu-rayu ni?? hu2... onegai itashimasu.. next,, kita ke post tambahan iaitu BURUNG DAN ISRAEL...


..Pada Zaman Nabi Ibrahim, Kota Babylon amat terkenal dengan pemujaan berhala yang diukir sendiri oleh penduduk kampung tersebut. Malah, menjadi tradisi mereka untuk membeli satu patung berhala kecil setelah selesai menyembah di kuil-kuil mereka.. korang tahu tak siapakah si pengukir berhala-berhala tersebut?? dia lah sebenarnya si Azar, ayah kepada Nabi Ibrahim.. seperti yang tercatat di dalam novel teragung umat Islam, Al-quran,, Nabi Ibrahim telah bertanya kepada ayah nya,, Azar..

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.” (surah Al-An'am ayat ke 74)

kemudian ayah membalas dengan nada tinggi;

“Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.” (Surah Maryam ayat ke 46)

kemudian,, Nabi Ibrahim telah menyeru kepada kaumnya agar meninggal kan amalan menyembah berhala tersebut dan kembali kepada Tuhan yang Satu..

“Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Surah Al-Anbiyaa' ayat 55,56)
Namun malangnya,, mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim sehinggakan mereka mengata bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. dan maka pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa. Dan peluang ini lah yang diambil oleh Nabi Ibrahim untuk menghancurkan semua patung-patung berhala dengan sebilah kapak,, dan kapat tersebut digantung di satu berhala yang tidak dihancurkan dimana berhala tersebut ialah berhala yang paling besar..

Dan tak lama kemudian, Raja Namrud telah pergi ke kuil tersebut dan dia amat terperanjat dengan apa yang terjadi..Lalu,, Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.

Sebagai balasan,, Namrud telah mengarahkan agar rakyat nya menyediakan satu unggun api yang sangat besar untuk membakar Nabi Ibrahim..then, mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus di lemparkan ke dalam api yang besar itu..dan ketika ini lah,, seekor burung pipit telah melihat peristiwa tersebut,, lalu terbang mencari air untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim.. dan ketika itu juga, terdapat beberapa ekor burung yang pelik dengan tindakan si pipit tersebut,, dan bertanya..

"Wahai si pipit, apa yang sedang engkau lakukan"

si pipit menjawab,

"aku mahu membantu Nabi Allah, Nabi Ibrahim. Aku mahu memadam api tersebut"

burung-burung lain berkata lagi:

Macam mana engkau mahu memadam api yang besar itu sedangkan kau hanya mampu membawa air dalam paruh engkau yang kecil itu"

pipit itu membalas lagi:

Walaupun diri ku tahu bahawa usaha ku ini bergitu kecil dan seakan sia-sia,, tapi aku tetap tak akan mudah berputus asa.. dan setidak-tidaknya aku tak akan disoal akan kenapa aku tidak menolong Utusan-Nya yang terbakar itu..
dan tak lama itu,, dengan izin Allah,, api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. lalu Nabi Ibrahim membawa dirinya, meninggalkan kaumnya dengan kehendak mereka yang suka menyembah tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.

~~TAMAT~~

so,, berdasar kan cerita ini,, aku ingin sekali nak mengaitkan perbuatan burung tersebut dengan proses memboikot barangan Israel.. maybe kita tak nampak kesan baik yang terjadi kalau kita boikot barang Israel,, tapi hakikat nya kita telah berjaya menolong saudara seagama kita RAKYAT PALESTINE yang semakin teruk ditindas di sana... kita tak sedar yang bahawa mungkin dengan proses boikot ini,, kita telah berjaya mengurangkan dana untuk pihak Israel membeli peluru-peluru yang digunakan di Palestine.. sama-sama lah kita berfikir yerk...

1 SEN KITA MEMBELI BARANG ISRAEL = 1 PELURU KITA SUMBANG UNTUK MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE

3 kata-kata manis:

ayesyaazreena said...

boikot salah satu perkara yg selalu orang ambil remeh.
mula2 je gempak, bile berita perang, bunuh, bom ada, baru nk memboikot...
termasuklah diri ini jugak, tapi sebenarnya usaha memboikot harus berterusan, rakyat kat palestin tu diseksa tanpa henti tanpa pengetahuan kita. kita pula, nak boikot bila ada berita@ kes gempak je..
insyaAllah....sama2 fikirkan tanggungjawab kita. ;')

btw, nice post :D

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

arigatou!!! hu3..

Mike_Delta_Hotel_33 said...

nak tahu kenapa kenapa kita boikot pada masa2 tertentu sahaja??

sebab israel dah alihkan perhatian kita.. isu Palestin sebenarnya adalah isu akidah umat Islam.. tp diorang dah ubah persepsi masyarakat dgn menjadikan ini satu isu kemanusiaan.. kita rasa kesian pada rakyat Palestin kerana kita mempunyai akidah yg sama dengan mereka, atau kita sekadar bersimpati,, seperti juga kita bersimpati andai kata yg kena itu bukan Muslim Palestin tp manusia dari agama lain?? Yg sepatutnya kita benci kerana Allah, dan marah kerana Allah.. bukan benci kerana nafsu, dan marah kerana nafsu..

hati2 dengan tipu daya musuh2 Islam.. kuatkan akidah.. mereka2 ni anak buah dajjal.. tentera2 'KFIR' (Israel) dah lama muncul.. (x percaya google 'KFIR').. x lama lagi muncul laa si polan yg ada 'KFIR' kat atas dahi tu... bersedialah..

 
Copyright 2010 . .