You Are Reading

4

KOLEKSI SAJAK KEMERDEKAAN 2010

amirul imran Monday, August 30, 2010
SALAM KEMERDEKAAN

semalam burfday aku,, esok plak burfday malaysia.. kalau emak aku bersabar lagi 2 hari,, mesti aku dah jadi anak merdeka.. best wowww jadi anak merdeka,, dapat duit!!!hehe.. time sekolah menengah dulu,, stiap tahun aku akan sambut burfday kat stadium terengganu coz ada raptai hari kemerdekaan.. time tu lah aku rasa yang semua orang berkumpul untuk meraikan burfday aku walaupun pada hakikatnya mereka semua mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalani raptai hari kemerdekaan..hu3.. tapi,, time birthday aku semalam plak,, aku hanya sambut sensorang je kat rumah shah alam ni sambil lukis kek hari jadi atas debu macam cerita harry potter tu coz smua org balik kampung masing-masing..hu3..ok,ok.. kita lupa dulu fasal bufday aku ni coz apa yang lebih penting ialah hari kebesaran negara kita pada hari esok iaitu HARI KEMERDEKAAN 2010 dengan tema 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.. kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa tokoh-tokoh negara dulu bukanlah mudah untuk mendapatkan kemerdakaan Malaysia dari pihak british yang menjajah negara ini.. oleh itu,, kita mesti senantiasa menghargai nikmat kemerdekaan ini agar tidak dinodai lagi oleh pihak luar.. wahhhh... dah macam buat karangan untuk SPM plak aku ni.. he3.. tapi apa yang aku nak cuba smpaikan kat sini ialah,, cuba korang bayangkan yang korang bagi hadiah jam tangan edisi khas (ada 1 je dalam dunia ni) kat makwe korang,, then ntah macam mana,, awek korang tu tak pandai jaga sehinggakan jam tangan tu boleh dapat kat orang lain,, mesti korang akan bengang giler kan?? betul tak?? macm tu lah jugak kalau tokoh-tokoh negara kita dulu,, mesti diaorng akan sakit hati giler kalau melihat generasi sekrang yang tak pandai jaga anugerah kemerdekaan ini... uisshhhh... dah panjang sangat aku berceramah ni... hu3... ok lah,, jom kita pergi ke koleksi sajak hari kemerdekaan 2010..




RIANG RIA MERDEKA

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?


Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya


Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi

Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan


Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.





NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala



50 tahun dahaulu..


stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya



Merdeka..


tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..



Kini..


50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman



Maju berteknologi


kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya



merdeka tetap merdeka..



HUJAN MERDEKA
Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"





DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua
puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
31 OGOS TIBA LAGI
31 OGOS TIBA LAGI
Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

WAN ZAHARI WAN ALI,
SMK Saujana, Setiu, Terengganu.


KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN

KETAATAN DAN KEBERANIAN
Berjanjilah kami demi keberanian
melalui suara-suara hijaz
putaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai mati
kepada insan seikat masyarakat
yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmu
terselit larian aku anak kecil
dibentuk dalam kelas-kelas rendah
hingga ke kamar dewasa
jiwa ini digantung loceng mongel
lalu direntap-rentap
terbawa-bawa.

Titisan darah ibuku
pada papan cendana pejal
masih melekat di situ
di perigi yang telah terkambus
hanyir masih terbau
tembuni dalam diam berubah fosil
atas tanah yang merdeka.

Seperti selalu
berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil
menyamai pemberian hadiah bapamu
kami menyebut MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

NAFISA
Marang, Terengganu
MENYAMBUT MERDEKA
MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.

ZAINAL ABIDIN AHMAD
BTP
012-2855100
POKOK BANGSA
POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA
Anak merdeka alaf baru!
antara bunga mimpi dan tragedi
dalam membina generasi globalisasi
bukanlah semudah mencipta
cerita kosong di kedai kopi
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!
tanamlah, semailah, bajailah
anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi
demi generasi dan agama
mentafsir wawasan membina jati diri
meraih akar dalam tunjang diri
menegak pepohon yang merendangkan
dedaun semangat.

Anak merdeka alaf baru
siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN
Jambatan Merdeka, Sg. Petani









Rumah Usang
Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
49 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa.









TRAGEDI DULU









KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA









Bumi ini pernah diulit tragedi









mimpi ngeri berdarah









deritanya hingga ke tulang sendi









Anak-anak dulu takut pada pedang









dari Matahari Terbit









Anak-anak dulu gementar pada senapang









dari Barat yang jauh









Kini semua ini









usahkan gentar









malah menjadi suatu kebanggaan









terucap di lidah









pada tubuh-tubuh









pada mata dan budaya









Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita









kita tentang dengan minda merdeka









Namun hari ini,









mereka menjajah minda anak-anak kita









Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita









menjadi benteng kemerdekaan?









Tragedi dahulu,









kini perlahan-lahan









halus, diam, merapati kita









bersahabat dengan minda anak-anak kita.









SAYANGKAH KITA PADA NEGARA?






Sayangkah kita pada negara?






atau pada diri kita?






Keluarga kita?






Anak-anak kita, jika ada?






Sanak saudara kita, jika ada?






Agama kita, jika ada?






Tanah tanih kita?






Sudah semestinya ada!






Sayangkah kita pada negara?






Merdeka negara merdekakah kita?






Jika ya, buang karat-karat Barat!






Kita rakyat Timur,






jangan gementar genggaman kita






kuat berpegang pada apa






janji kita pada darah kita.









Nukilan: Amiene Rev (C) 2007






MERDEKA DALAM TANGISAN DARAH






Negara kita bebas dengan bayaran darah






dengan janji-janji yang menjadi korban






dengan kata telus pembakar api harmoni






Jiwa berbeza bangsa bersatu dalam hati






Namun hari ini kita rasa kita merdeka






Sedangkan nenek moyang kita telah abdi






Pada janji yang mencetus tangis darah






Darah mereka dibiar mengalir sia-sia






Angkara kita rapuh biar minda dijajah






Dan moyang kita terus menangis






Biar negara kita maju






Dan moyang kita tetap terus menangis






Kerana Melayu dan adatnya sudah jauh






semakin lama meninggalkan kita






Di mana adab apabila berdepan orang tua?






Di mana adab apabila berkunjung ke rumah orang?






Di mana adab apabila berdepan dengan Tok Ketua?






Di mana adat menjunjung budaya?






Nenek moyang kita menangis lagi...






Kita sambut merdeka dalam tangisan darah.









Penulis: Amiene Rev (C) 2007
sajak-sajak diatas adalah koleksi dari penjelajaan aku di dunia maya.. bukan maya karim,, tapi maya internet.. so, aku dah 'kredit'kan dengan letak link di setiap sajak.. ada masa, korang boleh lah jenguk laman-laman web tersebut yerk..

4 kata-kata manis:

NormaLiza Mah said...

SINGGAH2 TGK SAJ KEMEDERKAAN UTK KIAS KELAS..
THX U 4 TIS INFO...
KLIK2... UTK JANA TABUNG NFFNG..
SINGGAH DI LAMAN SAYA N KLIK2..
JOM JANA TABUNG.........

Fairuz f3 said...

ad xsjak yg bolh dilakukn bersma

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

sory lambat reply...

@normaliza mah... insya-ALLAH akan singgah....

@fairuz... tak de plak jumpe.. sorry..

Mohd shohaimi bin jusoh said...

Cari sajak untuk anak.

 
Copyright 2010 . .