You Are Reading

0

BERCUTI DI PULAU LANGKAWI EDISI BAKU

amirul imran Saturday, October 16, 2010 ,
SALAM ISLAM
(sila klik di setiap gambar untuk melihat dengan lebih besar dan jelas)

hmmmm... bermulanya minggu ini,, maka tirai untuk semester baru pun telah mula dibuka.. dengan 9 subjek kesemuanya,, menjadikan hidup aku lebih sibuk berbanding short semester dulu.. tapi,, aku still mampu bersyukur coz jadual kelas tak lah sepadat semester 3 sebelum ini walaupun subjek-subjek kali ini lebih susah.. huhu,, bercakap mengenai subjek-subjek ni,, untuk pengatahuan korang,, ada 2 subjek baru yg perlu aku belajar iaitu mechanics of materials dan juga basis network telecommunication.. hmmm.. stakat ini ok je lah 2 subjek baru tu,, tapi akan datang tak tahu lah macam mana,, kita tengok je nanti k.. lagipun,, susu anmun tak beli lagi,, so semangat nak study tu belum ada dalam diri aku ni.. ke ada yang sudi nak belikan aku susu anmun or calci yum?? hu3

ok lah,, untuk post kali ni,, aku dengan macho dan baiknya ingin berkongsi ngan korang semua akan detik-detik indah aku di pulau langkawi.. hehe.. kalau korang perasan,, aku dah pun tulis post yang mengenai langkawi sebelum ni dalam loghat terengganu,, tapi disebabkan takut ramai yang tak paham,, so aku rasa lebih baik aku tulis skali lagi dalam bahasa baku yang betul agar korang pun rasa akan keseronokan aku bercuti disana selama 3 hari 5 malam.. opsss silap,, 3 hari 2 malam dari 4/10 hingga 6/10/2010 ..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
aku dan 7 rakan-rakan ku yang lain  telah memulakan perjalanan ke langkawi dengan bertolak dari rumah ke stesen bas shah alam pada pukul 9 malam dengan menaiki teksi..

mengisi perut yang kelaparan sebelum naik bas ke kuala perlis

 perjalanan dengan bas sani ekpress dari shah alam ke kuala perlis.. huhu.. sangat sejuk berada dalam bas ni,, hanya orang yang ada selimut lemak je mampu bertahan..

 di hentian~.. terima kasih sani kerana menaja perjalanan kami.. he3

setelah menempuh perjalanan selama kira-kira 8 jam,, kami akhirnya selamat sampai di kuala perlis pada pukul 7 pagi..
berposing dengan tiket feri 'lada 1' yang dijadualkan bertolak pada pukul 8 pagi ke jeti kuah, langkawi..

penulis dan jurugambar di dalam feri

kami selamat sampai di jeti kuah kira-kira pukul 9 pagi dan telah disambut oleh Kak Ros yang merupakan agent pelancongan kami sebelum di bawa ke Apartment Century Suria..

 di hadapan apartmen penginapan bersama-sama dengan van yang disewa sepanjang berada di langkawi

setelah menyimpan semua bag di tempat penginapan,, kami semua memulakan perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Underwater World Langkawi..

bergambar sebelum menjelajah dunia bawah air

Underwater World menghubungkan kami dengan Pegunungan Alps.. sejukkkkk

 peguin dalam filem madagascar pun ada kat sini


setelah kira-kira 2 jam lebih berada di dunia bawah air,, kami seterusnya bergerak ke destinasi dunia yang lebih tinggi iaitu Cable Car Langkawi..
 merenung ke arah air terjun yang sangat cantik dari dalam kereta kabel~

 2 orang hero bertarung di ketinggian 700 meter dari paras laut.. perhentian kereta kabel~


di jambatan gantung..

jambatan gantung yang teramat tinggi~.. 

hari pun dah gelap,, so after dah puas berada di udara,, kitaorg pun pulang sebentar ke apartmen sebelum bergerak ke destinasi ke tiga iaitu Dataran Helang pada pukul 8.30 malam.. oppss lupa nak cakap,, sebelum pulang tu,, kitaorng pergi ke pantai pasir hitam jap... huhu..
 8 jejaka menakluk langkawi

untuk hari kedua,, kitaorng memanaskan badan dengan aktiviti island hopping seawal 9 pagi..huhu.. ombak-ombak yang sangat tinggi telah menjadikan aktiviti ini sangat mencabar dan teramat mengenjoykan walaupun tangan dan punggung terasa sakit akibat terlompat-lompat dalam bot apabila terlanggar ombak-ombak gergasi itu...

island hopping yang sangat mencabar

pulau dayang bunting

beruk-beruk yang berkeliaran di pulau dayang bunting

berterbangan di tasik dayang bunting

maka buntinglah tujuh orang jejaka yang tampan kerana mandi di tasik dayang bunting

 si monyet yang pantang dengar bunyi plastik makanan..

setelah puas mandi-manda di tasik dayang bunting,, kitaorg pun bergerak lah ke tempat memberi makanan ke ikan yang besar-besar seperti gajah..

bapak punya ikan~

then,, after dah puas tengok ikan besar-besar ni,, kitaorg seterusnya dibawa ke lokasi memberi makanan ke helang plak~

untuk lokasi terakhir aktiviti islang hopping,, kitaorg telah dibawa ke pantai pasir basah..

bermeditasi di pantai~

model pantai

setelah kira-kira 4 jam ber'island hopping' kitaorng pun meneruskan aktiviti ke dua untuk hari ke dua iaitu melawat makam mahsuri

jurugambar bermain sorok-sorok~

seterusnya kitaorg bergerak ke bird paradise plak...

kakak tua dan abang tua

burung yang mesra.. hu3

burung bangau dan si gergasi

setelah kira-kira 2 jam di sana,, pantai tanjung rhu menjadi destinasi seterusnya untuk menyaksikan matahari terbenam..

melompat lagi sebagai tanda kami telah sampai di sini,, pantai tanjung rhu...

bermain permainan tradisional yang dikenali tin-tin sementara menanti matahari terbenam

walaupun sudah puas bermain tin-tin,, tapi matahari still tak terbenam jugak,, so kitaorg pun main lah game seterusnya iaitu galah panjang...

hari dah pun gelap,, tapi kitaorng tak nampak pun matahari terbenam... maybe dah terlepas kot time asyik main galah panjang tadi..

dalam perjalanan pulang ke Kuah,, barulah kitaorg sedar bahwa rupa-rupanya waktu ketika itu baru pukul 7 petang.. hu3.. patut lah tak nampak matahari terbenam tadi... sebelum pulang ke apartmen,, kitaorg singgah jap di sebuah restauran untuk makan besar...

rm180 untuk 8 orang.. amat mengenyangkan

untuk hari ketiga,, kitaorg lebih tertumpu dalam menghabiskan duit

haji ismail group menjadi lokasi terbaik untuk membeli coklat

alatan dapur yang sangat murah di idaman suri

belilah dulang ini..

kitaorg bergerak pulang ke kuala perlis pada pukul 5.30 petang

perjalanan pulang dengan menaiki feri ke kuala perlis... huhu3.. tangan penuh dengan plastik hijau yg mengandungi coklat..

bergambar sebelum menaiki bas untuk pulang ke halaman rumah masing-masing kerana cuti masih berbaki 4 hari.. hu3..

untuk percutian kali ini,, aku telah menghabiskan kira-kira rm350 untuk pakej percutian, rm100 lebih untuk coklat, rm100 untuk makanan seharian, dan rm200 lebih untuk cenderamata kenang-kenangan keluarga... hu3...

SO ENJOYABLE!!!!!!!!!

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .