You Are Reading

0

MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN

amirul imran Thursday, April 28, 2011
AS-SALAM

first,, aku nak mitak maaf bebanyak coz dah lama tak update blog ni,, tapi serius gua cakap sama korang,, masa aku sememangnya amat terhad sekarang ni setelah diisi dengan assignment yg menggunung tu... kalau dalam bhasa jepun,, lebih kurang mcam ni,,"U2になってからというもの、ご飯をゆっくり食べる暇もない毎日だ!".. (sejak jadi U2,, setiap hari masa lapang untuk makan dengan perlahan pun tak ada).. hoho..

btw,, oleh kerana aku ni kekurangan masa,, so apa kata kita terus je ke main topic iaitu "MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN"


Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.

Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya" 


nampak muka kat atas ni mcam buruk giler kan?? sebenarnya,,, kalau korang nak tahu yang ni adalah gmbar muka kawan aku yang menggabung kan sebelah kanan mukanya dengan sebelah kanan yang telah di'miror'kan.. 

kalau korang nak test gak,, sila lah ikut step-step di bawah ni~~
1) amek gambar muka korang or sesape je yang perfect rupanya...
2) edit gambar tersebut dgn menggunakan adobe photoshope
3) gambar muka tadi dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama iaitu kanan dan kiri..
4) delete bahgian kiri muka tesebut
5) bahgian kanan muka tadi di"duplicate"kan
6) transform gambar bhgian muka yang duplicate tadi supaya dlam keadaan seperti di "cermin"
7) last,, gabung kan bahgian kanan muka yg asal n bhgian kanan muka yang telah di"miror"kan..

so,, hasilnya adalah seperti gambar kawan aku kat atas tu... btw,,, kalau korang nak tengok hasil gabungan bhgian kiri plak;;;


hmmm.. ape yang aku nak sampaikan kat sini,, sesungguhnya Allah adalah Maha Bijaksana dan Dialah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya,,, so dalam konteks yang aku fokuskan kat sini,, Allah telah menciptakan muka manusia yang tidak sama bentuknya di bahgian kanan dan kiri,, agar hasilnya lebih sempurnya.. bersyukurlah~~

btw,,korang mesti nak tahu gmbar sebenar kawan aku ni kan?? ok lah,, sebenarnya,, muka dia ni,,,,


sebelum aku mengundur diri,, ingin aku ingatkan something,, walaupun dalam ayat yang ke 4 surah At-Tin,, Allah telah berfirman bahwa manusia telah diciptakn dengan sebaik-baiknya,, tapi jangan lah kita lupa untuk memahami ayat ke-5 surah tersebut iaitu..

ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ

  yang bermaksud "Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)"

so,, bersama-sama kita meningkatkan amal kita kepada Allah kerna pasti Allah akan menunaikan janji-Nya pada ayat yang ke-6 surah yang sama

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

maksudnya, "kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .