You Are Reading

4

KU MENCARI KETENANGAN HAKIKI

amirul imran Saturday, May 21, 2011
AS-SALAM

suatu ketika dahulu,, aku ada terbaca satu status yang ditulis oleh rakan ku di facebook dan bagi aku,, kata-kata ini amat lah menusuk di jiwa ku seperti pedang yang tajam mata nya.. huhu...

"sesungguhnya Allah Maha Penyayang.. kalau umat manusia dahulu,, Allah akan turunkan bala secara direct di muka bumi ini kalau manusia melakukan maksiat seperti yang terjadi kepada Kaum Nabi Lut.. namun berbeza dengan umat akhir zaman kini, Allah Maha Penyayang kerna hukuman tidak lagi turun secara direct tetapi Allah hanya meletakkan sedikit kegusaran dan ketidak tenangan di hati manusia yang melakukan maksiat"

sekarang kita tanya diri kita masing-masing,, adakah hati kita sekarang ini bergitu tenang, setenang air di lautan yang disangka tiada buaya itu?? 

hmmmm.. tahniah lah aku ucapkan kepada sesiapa yang merasakan hati nya cukup tenang tanpa sebarang kegusaran kerna itu tanda nya hati anda amat dekat dengan pencipta alam,, Allah SWT...tapi bagi aku yang sering melakukan maksiat ini,,, hati ku amat lah tidak tenang dan penuh dengan kegusaran walau hanya diketuk oleh masalah kecil yang mendatang..percayalah,, walau hanya dengan sedikit kegusaran di hati kita itu,, sudah cukup membuat hidup kita ini menjadi gundah gulana. Astaghfirullah Al-Azim..

ingatlah rakan-rakan akan hadis ini;

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

hmmm... insya-ALLAH bersama kita mengubah diri kita ini agar cahaya Ilahi itu terus mekar di hati kita ini... btw,, aku juga teringat akan kata-kata abang naqib yang handle usrah aku;;

"apabila korang sampai ke Jepun nanti,, korang akan merasa kehilangan sesuatu di hati dan masa itulah korang semua akan berusaha untuk menemuinya semula"

hmmm.. kata-kata ini juga amat bermakna bagi aku kerna aku sudah pun merasa akan kehilangan nya dan aku amat berharap aku dapat menemuinya sebelum ajal menjemput ku pergi... 

sebelum pergi,, aku nak kongsi kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’;

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

AKHIR KHALAM,, bersama-sama lah kita berISTIGHFAR dan memohon taubat dari-Nya... 

last but not least,, jom tengok video ni coz amat menyentuh hati... 


4 kata-kata manis:

ayesyaazreena said...

:)
kokoro sagasou~!

Anonymous said...

tq, mengingatkan..

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

bersama2 lah kita mencari ketenangan hakiki

nana said...

entry yg mnarik perhatian sy..thanks 4 share =)

 
Copyright 2010 . .