You Are Reading

0

LUAHAN HATI MEREKA,, ADAKAH KITA MASIH MENDENGARNYA??

amirul imran Friday, May 27, 2011
AS-SALAM
akhir ini kita sering disajikan dengan acara fitnah menfitnah,, sumpah menyumpah,, kafir mengkafir dan bermacam-macam lagi meskipun ia nya lansung tidak membawa apa-apa kebaikan mahupun keuntungan kepada kita sebagai umat Islam sehinggakan perkara yang lebih penting kita tinggalkan jauh ke belakang...

ingat lah kita semua,, semangat kita menentang kezaliman pihak rejim Zionis semakin lama semakin hilang cahaya semangat nya sedangkan rakyat Palestin terus berusaha menentang dan melindungi masjid suci kita itu... 
 
kita sering digalakkan untuk menderma kepada rakyat Palestin,, tetapi tahukah kita semua akan satu hadis baginda Rasulullah:
 
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"
 
kalau kita fahamkan betul-betuk hadis ini,, makna nya disini,, kita yang menderma ini adalah lebih baik dari rakyat Palestin yang menerima,,, tak pelik kah kita?? sedangkan  rakyat Palestin berjuang siang malam sehingga tergadai seluruh harta benda semata-mata untuk memastikan bumi Palestin itu terutama nya Majid Al-Aqsa agar tidak jatuh ke tangan para kafir Israel,, tetapi kita plak yang dikata lebih baik dari mereka walaupun kita hanya goyang kaki sambil celuk poket,, amek duit seringgit untuk DERMA??!! adoyai~~

apa yang nak cuba disampaikan disini ialah,, kita bukan sepatutnya menderma,, tetapi sebaliknya kita telah berhutang dengan mereka kerana tidak turut sama berjuang di sana dalam menegakkan bumi suci itu.. oleh itu,, sebagai yang berhutang,, bersama-sama lah kita membayar hutang itu dengan memberi bantuan samada dari bentuk wang, tenaga atau doa kerna doa itu senjata utama umat Islam..

bersama-sama lah kita menghayati keperitan rakyat Palestin dalam memperjuang bumi Islam melalui beberapa video di bawah.






0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .