You Are Reading

1

SABAR ITU BUAHNYA MANIS

amirul imran Wednesday, May 25, 2011
AS-SALAM

kalau disemak dan diperiksa,, blog ku ini penuh dengar pengisian yang membawa ke arah cahaya kebenaran,, tapi itu bukan lah bermakna diriku ini adalah sebaik para ulama kerna tujuan ku menulis adalah tidak lain tidak bukan untuk menarik diri ku sendiri yang sering melakukan maksiat ini ke arah jalan yang suci iaitu jalan menuju Syurga Ilahi... Aamiiiiiin..

kali ini,, aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada di dada ini tentang satu nilai murni yang nilainya adalah sebahagian Iman iaitu SABAR.
sabda baginda;

"Sabar itu sebahagian dari Iman" (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

dan dalam hadis baginda yang lain;
"Dalam kesabaran terhadap benda yang tidak disukai itu ada banyak kebaikannya" (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Allah juga sendiri telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat ke 10;
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

di sini,, aku juga ingin menyampai satu cerita yang mampu memberi pengajaran berkesan kepada hati kita ini akan nilai sebuah kesabaran..

Di sebuah desa, terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu..
Pada suatu hari, dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat banyangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba, tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Maka berkocaklah air yang tenang itu sehingga menghancurkan bayangan wajahnya yang comel itu..

Dia menjadi sangat marah, dan cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam dan memegang gigi air agar dapat menghentikan kocakan air kolam itu.. Namun malangnya, dia telah gagal.

Dan ketika itu, seorang tua telah melintas tempat itu, lalu bertanya akan masalah apakah yg dihadapi gadis comel itu.. setelah mengetahui masalah tersebut, orang tua itu berkata bahwa ada satu cara untuk menghentikan kocakan air itu,, tapi cara itu amat susah..

Gadis itu menjawab yang dia akan lakukan walaupun sukar dan terpaksa membayar dengan harga mahal..

Lantas orang tua itu berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!!!

mungkin cerita tidak berjaya menarik minat kalian,, namun andai di baca dengan pemikiran yang terang,, akan kelihatan lah satu pengajaran yang mampu membawa ke arah kehidupan yang lebih mampan.. 
dan pengajaran yang kita mampu petik ialah:

kadang-kadang permasalahan yang berlaku akan menjadi semakin kusut dan rumit setiap kali kita cuba untuk menyelesaikannya.. dan ketika ini lah perlunya kesabaran kerna insya-ALLAH dengan berkat sabar itu,, penyelesaian akan datang..
 
Copyright 2010 . .