You Are Reading

3

KASIH SAYANG

amirul imran Friday, June 24, 2011
AS-SALAM

"my name is Imran and I'm not a terrorist"... wow,, berbelit lidah aku nak 'speaking' english,, nasib baik tak tercabut je.. hmm.. kalau di hitung ngan calculator,,, dah hampir 1 tahun aku tak belajar secara formal bahasa penjajah ni... sejak masuk pogram JAD kat sini,,, otak aku sememangnya disumbat dengan bermcam-macam perkataan Jepun,, sehinggakan kalau nak speak in english or even kadang-kadang bahasa Melayu pun,, kitaorg terpaksa translate dalam otak terlebih dahulu perkataan yg nak digunakan dari Japanese... huhu.. teruk bukan?? cam ne tak teruk,, kat sini kelas bahasa jepun ada setiap hari selama 3 jam.. hmmmmm~~ btw,, aku ada exam TOEIC (Test of English for International Communication) esok,, sebab tu lah aku ngah tajamkan english aku ni... doakan aku yerk,, moga-moga dapat GOLD level..

ok lah,, kali ni aku nak bawak post pasal KASIH SAYANG plak...
time aku tulis post ni,, sememangnya terdetik di jauh sudut hati yang terasa diri ini tidak layak untuk menulis tentang "Kasih Sayang" coz aku sendiri masih tidak teratur dalam menjaga "hablumminAllah wa hablumminannas" iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.. namun,,, atas dasar "sampai kan lah walau satu ayat" aku tetap menulis artikel ini dan mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar walaupun sedikit..

ketahuilah wahai saudara ku,, sebelum baginda Rasulullah SAW wafat,, nabi sendiri telah berpesan kepada sebahgian sahabat nya bahwa akan tercetus perselisihan besar antara sahabat baginda dengan yang lain-lain nya,, dimana perselisihan ini akan membawa kepada permbunuhan dan peperangan... dan ternyata kata-kata baginda itu terbukti benar apabila tercetusnya perang saudara pertama orang Islam di antara pengasas kerajaan Bani Ummaiyah iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan dan khalifah ke-4 iaitu Saidina Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat di mana Muawiyah menganggap Saidina Ali tidak bersungguh-sungguh dalam menghukum pembunuh Saidina Uthman lalu memberontak ke atas Saidina Ali..

ingatlah saudara,, bahwa peperangan ini telah membawa banyak kesan buruk ke atas syiar Islam khususnya apabila umat Islam berpecah-belah dan tidak lagi bersatu padu sehingga menguntungkan pihak kafir di luar sana yang sedang gembira memerhati kan kita... namun,,, pernah kah kita tahu bahwa dalam setiap masalah dan kekeliruan,, pasti Islam ada mengajar cara keluar nya dan kekalutan ini juga Rasulullah sendiri telah berpesan dalam hadis baginda;

"Patahkan kamu padanya akan panah-panah kamu, dan keratkan kamu padanya akan tali-tali busar kamu, dan lazim kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, dan kalau boleh kamu jadi seperti anak Adam yang bernama Habil yang tidak sanggup membunuh sesama umat Islam" (Riwayat Abu Musa)

dalam hadis ini,, Baginda telah berpesan agar umat Islam tidak masuk campur dalam sebarang persengketaan atau peperangan antara 2 pihak Islam dalam apa jua situasi samada dalam kefahaman mazhab mahupun idelogi politik kerna ia hanya akan merugikan umat Islam itu sendiri... dan Baginda telah menyentuh akan kisah Habil kerna Habil tidak melawan ketika Qabil hendak membunuhnya kerna ia tahu bahwa saudaranya itu akan mendapat balasa di akhirat kelak atas perbuatan itu...

saudara ku sekalian,, pada zaman ini,, fitnah menfitnah seakan-akan telah menjadi satu lumrah kehidupan dalam menggapai impian yang diidam-idamkan.. bacalah surat khabar yang ada didepan mata kita sekarang,, pasti ada berita tentang pihak A menfitnah pihak B dan seiringan dengan itu,, akan ada umat Islam yang lain untuk masuk campur dalam mempertahankan pihak-pihak yang disokong sedangkan tidak ada sedikit keuntungan pun dalam hal tersebut... ingatlah,, kenapa perlu kita bersengketa sedangkan orang yang kita tentang itu juga solat seperti kita,, cuma mereka tidak betul-betul lurus terhadapat ajaran-Nya.. nabi sendiri juga telah bersabda bahwa umat Islam tidak boleh memberontak seseorang pemerintah sekiranya dia masih menjaga solat 5 waktu setiap hari...

ayuh saudara ku sekalian,, usah lah kita bersengketa lagi.. bersama lah kita bersatu padu dalam mengembangkan ajaran Baginda ini agar agama suci ini tidak lagi dipandang hina oleh pihak kafir lain..

Sabda Rasulullah:
"Allah telah menjadikan rahmat itu 100 bahagian,, dan Allah menahan di sisi-Nya pemberian terhadap 99 rahmat (pada hari kiamat).. Dan Allah hanya menurunkan 1 bahagian rahmat ke bumi. dari rahmat yang satu itu,, para makhluk saling mengasihi,, sehingga binatang ternak pun mengangkat kuku kakinya kerana takut terpijak akan anaknya. (riwayat Muslim)

ingatlah,, sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari,, maka hilang lah baginya akan rahmat Allah yang satu itu...

3 kata-kata manis:

ayesyaazreena said...

thanks for the sharing :)

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

sama-sama huhu

aini hasya said...

syukran sebab kongsi ilmu..seronk baca sb x tlalu formal & msg ni siyes tp dsampaikn dlm santai

 
Copyright 2010 . .