You Are Reading

2

KU PERCAYA AKAN ADANYA PELANGI SETELAH GURUH MEMBELAH LANGIT

amirul imran Saturday, December 17, 2011 ,
AS-SALAM

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata-kata dengan penuh hikmah
"Jangan lah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"

pada satu ketika,, aku pernah berputus asa untuk mengejar impian sendiri meskipun peluangnya sudah jelas terbuka di depan mata.. kalau lah ketika itu aku memaksa diri aku untuk berusaha lagi sedikit,, pasti apa yang aku impikan itu akan berada dalam genggaman aku sekarang... namun,, kita sebagai umat Baginda Rasulullah S.A.W telah diajar dengan hadis baginda (hadis sahih muslim);


"Jangan kamu berkata : "Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah : "Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku". Sesungguhnya 'kalau' membuka pintu syaitan"

ingatlah saudara sekalian,, sesuatu yang kita impikan tidak mungkin akan selalu menjadi kenyataan.. tetapi apa yang kita tidak duga,, mungkin akan selalu berlaku dengan tiba-tiba.. namun,, biarlah kita menangis hari ini kerana kesatikan semalam,, tetapi usahlah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan itu belum pasti akan berkekalan..  ingatlah;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu" (Al-Baqarah 216)

"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (An-Nisa 19)

saudara ku sekalian, bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,, pasti akan damailah hatimu kerna Allah pasti tidak akan mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan kerna Allah tidak tahu retaknya hatimu, atau deritanya hidupmu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerna Dia tahu hati yang seberginilah yang lebih lunak dan mudah untuk dekat dengan-Nya...

"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd 28)

"kadangkala Allah hilangkan mentari,, dan kemudian Dia datangkan guruh yang membelah langit.. puas kita menangis,, mencari kemana hilangnya mentari yang kita sayangi,,, tetapi rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang lebih indah dan berseri"

akhir khalam,, wahai saudara ku sekalian,, berusahalah dalam mencapai setiap cita-cita yang impikan.. dan setelah itu,, bertawakkal lah kepada Allah.. biarlah Dia yang menentukan keputusan nya.. dan seandainya kita tidak mencapai apa yang diimpikan,, usahlah bersedih,, kerna Dia yang menciptakan kita,, maka Dia lebih mengetahui yang mana lagi baik untuk diri kita..



kepada yang bersedih,, hayati video ini... pasti akan terpancar cahaya kegembiraan di hati...


hmmmm.... aku sedih sebab aku tak dapat Meiji University,, tetapi aku percaya Shibaura Institute of Technology adalah tempat yang terbaik untuk aku.. AKU PERCAYA PADA MU YA ALLAH!!

p/s : credit to IluvIslam

2 kata-kata manis:

Muz said...

always keep it in our heart ^^

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

@muz.. yup.. insya-ALLAH

 
Copyright 2010 . .