Archives

4

JAPAN : AUTUMN LEAVES IN RIKUGIEN

amirul imran Wednesday, November 28, 2012 ,
AS-SALAM

khamis lepas, aku ada appointment dengan doktor kat central hospital... sepatutnya aku ada buat CT-scan, tapi disebabkan hari tu alat penuh, maka al-kisahnya aku kena datang lagi khamis ni iaitu esok.... 

nak dijadikan cerita,, disebabkan aku balik awal dari hospital, maka aku buat lah keputusan untuk ber'kouyou' sementara masih sempat... ok,, apa itu kouyou, murid-murid?? kouyou itu maksudnya autumn leaves... hahaha.. aku tak pandai pun bahasa jepun sebenarnya,, ni semua jasa GOOGLE TRANSLATE... dulu aku ingatkan maksudnya daun gugur, tapi rupa-rupanya salah... dush, dush, dush.. malu diri sendiri...

btw,, kenapa aku pilih rikiguen sebagai tempat untuk tengok daun musim luruh ni?? jawapan nya ialah...............kerana aku budak manual..... tahu apa itu budak manual?? budak yang kalau nak masak,, akan baca buku resipi berkali-kali, kalau nak beli baju, akan hantar gambar baju ke ramai orang untuk mitak pendapat, kalau nak makan kat restaurant, akan cari review kat internet, dan tak ketinggalan, kalau nak pergi melancong, akan search kat internet tempat-tempat yang cantik + lawa.... so, salah ke jadi budak manual?? tak salah pun... aku happy je selama ni.. hahaha...
2

JAPAN : SHIBAURASAI

amirul imran Tuesday, November 6, 2012 ,
AS-SALAM

ALHAMDULILLAH... berakhirlah sudah gakuensai selama 3 hari... fuhhhhh,, memang letih tahap dewa... nak tecabut tulang-tulang dan sendi-sendi aku ni.. hmmmmm... untuk korang yang tak tahu gakuensai tu ape,, jangan salah faham plak biler tengok gambar kat atas... mesti korang ingat gakuensai tu maksudnya Halloween kan??? hehehe.. malangnya korang salah... gakuensai ni macam hari terbuka sekolah... so,, gakuensai kat sekolah aku namanya, ShibauraSai sebab sekolah aku bernama Shibaura Institute of Technology... 

untuk gakuensai tahun ni,, pertama kali kitaorng kami bukak booth untuk jual makanan malaysia... antara makanan yang kitaorg jual; murtabak (¥390=RM16), mee kari (¥250=RM10), roti jala (¥250=RM10), kek batik (¥200=RM8) dan juga teh tarik (¥100=RM4)... 
5

JAPAN : INTRODUCING MY UNIVERSITY

amirul imran Wednesday, September 26, 2012
AS-SALAM

tup tap tup tap (aku pun tak tahu bunyi ape ni..haha),,, semester musim luruh dah pun bermula.... yoshhhh.. tinggal lagi 3 semester untuk aku genggam segulung ijazah.. ishhhhh,, tak sabar seyhhhh... hehe.. untuk semester kali ni,, aku daftar 6 subjek... 

1. applied mechanical engineering experiment
 2. design engineering
3. heat transfer study
4. project-based learning
5. research paper writing
6. electronic engineering

hmmm.. moga-moga semester kali ini aku dapat lah baiki pointer aku yang teramat rendah pada semester lepas.. fuhhh fuhhh (hembus doa seluruh bilik).. aminn..

opsss.... untuk post kali ni,, aku nak perkenalkan kepada korang semua akan university aku yang terchenta lagi dikasihi iaitu SHIBAURA INSTITUTE OF TECHNOLOGY.... korang yang tinggal di luar jepun,, mesti tak pernah dengar atau sememangnya tak nak amek tahu pasal university aku ni kan... hahaha... aku mengaku yang university aku ni tak lah se'famous' harvard university or tokyo university... aku terima kenyataan tu dengan hati yang terbuka seluas jendela rumah pak mat.. hmmm.. tapi kan,, tapi kan,, setiap kali orang jepun tanya,, aku belajar di mana,, dan aku jawab "engineering department SHIBAURA INSTITUTE OF TECHNOLOGY",, mesti dari mulut diaorang akan serta-merta keluar perkataan "yuushuu da ne (hebat nya)"... haha.. dah, dah,, nanti terlebih bangga plak... 

so macam biasa,, korang tengoklah gambar-gambar pemandangan di sekitar university aku ni yerk.. 
6

TALKING FISH

amirul imran Thursday, September 13, 2012
AS-SALAM

tadi aku ada baca blog sorang sensei aku,, kali ni beliau post pasal 2 video yang hangat di laman sensawang labah-labah iaitu Oppa Gangnam Style dan juga Sore Eyes 5 days of MC... aku suka tengok Sore Eyes tu sebab lawak tahap dewa,, tapi yang Gangnam Style tu,,, aku tengok sekali je,, then tak tengok dah sebab mungkin tak kena ngan jiwa aku.. hahaha.. btw,, untuk korang yang tengok lagi kedua-dua video hangit ni,, boleh lah singgah sebentar di blog sensei aku ni yerk...  blog   nya penuh ngan review buku yang beliau baca,, so sesapa yang suka membaca mcm sensei aku ni,, do visit her blog k... ini link nya ---> http://goendama.blogspot.jp/

2

SURAT SAIDINA UMAR KEPADA SUNGAI NIL

amirul imran Wednesday, July 11, 2012
AS-SALAM

dalam usrah minggu lepas,, telah diceritakan oleh seorang sahabat aku tentang "Surat Saidina Umar kepada Sungai Nil"....

Semasa pemerintahan khalifah yang ke-2 iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a., beliau telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As sebagai Gabenor di Mesir. Sebahgian daripada penduduk Mesir ketika itu telah menganut agama Islam, manakala yang lain masih berpegang kepada ajaran asal nenek moyanag mereka.. 

"Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepaa simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Al-Baqarah ayat 256

0

TEKA TEKI TAHAP CIPAN (BY ALBERT EINSTEIN)

amirul imran Friday, July 6, 2012
AS-SALAM

hari ni kawan aku post satu teka teki.. katanya,, teka teki ni diciptakan oleh seorang saintis terkenal iaitu Albert Einstein sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1955... beliau kata soalan ni hanya mampu dijawab oleh 2% orang dalam dunia ni.. so maknanya,, 98% penduduk bumi yang lain,, tak mampu nak selesaikan soalan ni...

hanya 2% orang yang mampu jawab???!!! biar betul??!! tak kan aku pun tergolong dalam 2% tersebut?? hmmmmm... so,, kalau korang nak tahu samada korang ni golong 2% atau 98%,, korang cubalah jawab soalan kat bawah ni yerk... tapi aku yakin,, ramai je mampu jawab soalan ni coz tak susah mana pun... aku rasa,, Albert Einstein tu saje je bergurau supaya ramai orang yang akan jadi bersemangat nak jawab soalan dia ni... btw,, soalannya adalah seperti berikut; 
2

MOVIE REVIEW : THE AMAZING SPIDER-MAN

amirul imran Sunday, July 1, 2012
AS-SALAM

ok~ semalam aku tengok movie kat machida... aku rasa movie spider-man ni tak keluar lagi kot kat Malaysia,, tapi kat jepun,, minggu lepas dah start tayang...

so,, tak nak cakap panjang-panjang,, jom baca synopsis movie ni~

0

ZIKIR

amirul imran Saturday, May 26, 2012 ,
AS-SALAM

hmmmm... post kali ni pendek je... iaitu pasal zikir.. aku ada jumpe satu kata-kata yang best pasal zikir ni,, jadinya aku nak kongsi lah ngan korang.. tapi sebelum tu,,, korang kena tengok video kat bawah ni dulu untuk korang memahami dengan lebih mendalam akan kata-kata yang akan aku kongsikan nanti...


dah tengok?? betul-betul dah tengok?? tak tipu?? ok lah,, aku percaya.. so,, kata-kata yang aku jumpa tu berbunyi nya macam ni;

"Dhikr (rememberance of ALLAH) is to the heart as water is to a fish; see what happens to a fish when it is taken out of water"

fikir-fikirkan lah~ INSYA-ALLAH
1

JAPAN : KAMOGAWA SEAWORLD

amirul imran Saturday, May 19, 2012 ,
AS-SALAM

ok,,, sebelum aku bercerita tentang kamogawa seaworld ni,,, mcm biasa aku akan bercerita pasal kehidupan aku dulu.. so,, sabar yerk...  he3x...

oleh kerana aku ni seorang yang mementingkan kekemasan (tetttt.. itu adalah bohong semata-mata),, so,, aku telah membuat keputusan untuk memotong rambut aku yang sedikit panjang ni.. meskipun ramai antara rakan-rakan muda ku yang lain berpendapat,, "hidup di luar negara adalah satu peluang untuk simpan rambut panjang!!!",, tapi bagi aku,, rambut panjang itu akan menyerabutkan lagi hidup aku yang dah pun sedikit serabut ini.. hmmm.. kalau kat malaysia,, aku lebih prefer pergi gunting rambut di kedai yang ada tampal gambar-gambar model rambut di dinding... so,, kalau si gunting rambut tu tanya aku nak gunting rambut style mcam mana,, aku just guna jari telunjuk aku smbil berkata,, "saya nak style mcm model gambar no 5.".. senang dan mudah bukan?? so,, nak jadikan cerita,, kat rumah aku di ichikawa ni,, ada dalam lebih 5 buah kedai gunting rambut,, tapi malangnya,, semua tak de gambar kat dinding... aku pasrah.. kali ni terpaksa lah aku cerita sendiri kat tukang gunting tu aku nak style mcm mana.. hmmm.. kan bagus kalau kat Malaysia,, tak perlu lah aku nak susah-susah guna suara aku.. hmmm.. redha dan pasrah.. ok part klimaks dalam story aku ni ialah pasal charge gunting rambut... korang semua tahu aku kena brape ringgit (after tukar dari matawang jepun)??... RM138 bebbbb!!!!!! perghhhh... 

huhu... ok,, dah-dah.. jom kita baca post untuk kali ini iaitu KAMOGAWA SEAWORLD... yeahhhh!!!! 

0

JAPAN : DISNEY-SEA!!!

amirul imran Friday, May 11, 2012 ,
AS-SALAM

hohoho... dah lama aku tak update blog ni.. hmmm,, jujur,, aku ingatkan nak stop ber'blog'ing ni,, tapi ntah kenapa,, rasa nak kongsi something tu tetap kuat.. so,, kali ni nak cerita pasal aktiviti aku pada kira-kira sebulan yang lepas...

so nak dijadikan cerita,, kitaorang budak SIT dan juga beberapa kawan yang lain, telah mengisi masa hujung minggi dengan berseronok di Disney-SEA... ok,, biar aku cerita serba sedikit pasal Disney-SEA ni dulu.. hmmm.. biasa orang akan kenal Disney-LAND je,, tapi sebenarnya ada lagi satu theme park iaitu Disney-SEA. kalau ikut cakap orang, LAND lebih kepada budak-budak,, manakala yang SEA plak lebih kepada orang dewasa macam aku.. hoho.. tapi, tapi,, aku tak tahu lah benda tu betul ke tak,, coz aku tak masuk lagi Disney-LAND tu.. btw,, kedua-dua theme park ni terletak di daerah Chiba,, then,, train station yang paling dekat ialah Maihama.. 

ok,, tiket masuk ke Disney-SEA ialah 6200 Yen,, or kira-kira 240 ringgit malaysia.. hmmm.. mahal kan?? tapi,, kalau pergi hari minggu,, student boleh dapat murah sket... btw,, tiket ni adalah untuk satu hari.. so,, korang boleh keluar masuk ikut suka je dalam masa sehari tu... 
2

JAPAN : HANAMI~

amirul imran Sunday, April 22, 2012 ,
AS-SALAM

fuhhhhh... letih,, memang letih.. semalam,, seharian aku pergi ke DisneySEA...dari pukul 7.30 pagi,, sampai lah pukul 9 malam baru balik... nasib baiklah minggu ni tak de assignment pape pun... btw,, pergi DisneySEA memang best!!! tapi aku akan simpan story ni dulu coz kali ni aku nak cerita pasal aktiviti aku pada 2 minggu lepas...

hmm.. 2 minggu lepas,, or secara tepatnya,, pada 8 haribulan 4 yang lepas,, aku dan juga beberape teman satu universiti,, telah ber'hanami' di Ueno Park... kepada yang tak tahu hanami tu ape,,, biar aku terangkan secara ringkas... hanami kalau ditulis dalam kanji (tulisan jepun), ianya akan berbentuk macam ini → 花見. ok,, hana (花)tu maksudnya bunga,, then mi (見) tu plak maksudnya lihat.. so,, kalau digabungkan,, maksudnya akan berbunyi "lihat bunga"... so,, persoalan seterusnya,, "bunga apa yang kami tengok?".. jawapannya ialah,, bunga SAKURA!!!!

0

JAPAN : RUMAHKU!!

amirul imran Friday, April 20, 2012 ,
AS-SALAM

semalam,,after kelas,,aku terus gerak pergi umah kawan aku yang belajar di Keio University... huhu... kalau korang nak tahu,, keio university ni adalah top 10 kat dunia... hebat bukan?? hekhek.. btw,, semalam,, after lunch ngan kawan aku tu,, dia bawaklah aku pusing-pusing dalam kawasan universiti dia tu..



2

JAPAN : NATIONAL MUSEUM OF NATURE AND SCIENCE

amirul imran Wednesday, April 18, 2012 ,
AS-SALAM
国立科学博物館
semalam ingatkan nak update blog pasal lawatan sambil belajar dan bergambar ke national museum of nature and science kat tokyo,, tapi disebabkan semalam aku terlampau letih,, balik je dari sekolah,, aku terus tidur.. huhu.. gomen ne (maaf yerk)...

btw,, gambar kat atas tu adalah gambar aku dan rakan-rakan yang lain di musium tersebut... kalau nak tengok  lagi besar,, tekan je kat gambar tu... lebih-lebih lagi kalau korang tekan kat kawan aku yang paling kiri tu,, mesti tak muat screen laptop korang.. ho3x... owh yerk,, lupa nak cakap,, lawatan ni diakan pada 28hb Mac 2012... so,, mcm biasa.. aku bagi gambar je lah untuk korang tengok... aku cakap banyak pun,, tak de guna gak... 

si hayai dan juga si pengiring kami..

0

JAPAN : MINGGU PERTAMA DI HACHIOJI SEMINAR HOUSE

amirul imran Monday, April 16, 2012 ,
AS-SALAM
keluarga, saudara mara.... di rumah nenek~
setelah lama menanti,, akhirnya masuk juga internet kat rumah aku ni~~ so,, mitak maaflah sesangat sebab lama tak update blog ni.. dah penuh sawang labah-labah kat sini.. hmmm

btw,, Alhamdulillah,, dengan izin ALLAH,, aku telah selamat sampai ke negara Jepun ni pada 25hb Mac yang lalu... hmmm. dulu,, sebelum aku sampai,, aku ada ah tanya kawan jepun aku sorang ni samada sejuk tak kat Jepun... and diaorg jawab,, tak sejuk sangat coz musim sejuk dah nak habis... tapi,, perghhhh.... biler aku sampai sini,,, terus naik menggigil seluruh badan aku.. kalau time waktu pagi,, kat mulut ni boleh keluarkan asap mcm budak-budak hisap rokok... mana tak nya,, suhu pada waktu tu lebih kurang 5 darjah celcius.. dah macam duduk dalam peti ais... tapi,, nasib baiklah dah bawak baju tebal siap-siap,, boleh lah defend badan ni dari kesejukan melampau tu....
1

DIMANAKAH NILAI SEBUAH KEMATANGAN??

amirul imran Saturday, January 28, 2012
AS-SALAM

setelah hampir 3 tahun aku dan rakan-rakan JAD BATCH 10 sekalian meneruskan perjuangan di sini,, kami telah menyaksikan sendiri dengan mata yang dianugerahi Ilahi ini akan kegemilangan majlis graduasi senior-senior kami iaitu di Shah Alam Convention Centre pada tahun 2010 dan di PWTC pada tahun 2011.. dan dari situ lah,, mata mula bekerjasama dengan nafsu untuk menipu fikiran dalam menyimpulkan satu kenyataan bahwa majlis graduasi kami juga wajib diadakan di tempat yang berprestij seperti sebelum ini...

beberapa minggu lepas,, kami dikejutkan dengan satu berita yang amat mengguris hati,, iaitu Majlis Graduasi kami hanya akan diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Selangor, Shah Alam.. satu tempat yang jika dibandingkan dengan PWTC,, ibarat bumi dengan langit... sesuatu yang amat jauh perbedaan taraf nya... perasaan marah mula menyelubungi diri... fikiran mula berfikir secara negatif,, mulut juga mula mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengari... ini semua tidak lain tidak bukan,, kerana salah nafsu yang mula menipu mata hati kami.. dan ini bukan lah sesuatu yang matang kerna kami sudah berusia 20 tahun.. seharusnya mampu membezakan antara hak dan batil...
2

FARAH,, KEKASIH HATI KU

amirul imran Monday, January 2, 2012
AS-SALAM

Farah, bergitu indah nama kekasih pujaan ku itu,, kekasih yang menjadikan siang ku lebih terang meskipun dibawah bayangan awan, dan menjadikan malam ku lebih indah meskipun tanpa kehadiran bintang yang berkelipan... wajahnya yang redup umpama bulan di kayangan itu,, senantiasa mekar di ingatan walaupun jauh terpisah di barat dan selatan..

dulu hati ku kekosangan,, namun kini penuh terukir dengan namanya yang indah itu... saat pertama kali bertemu dengan kekasih ku itu,, dunia terasa berhenti seketika,, jam juga seakan tidak lagi mampu memutarkan jarum saat nya,, seolah-olah memberi peluang padaku untuk menikmati detik-detik indah itu dengan lebih lama..

 
Copyright 2010 . .