Archives

1

DIMANAKAH NILAI SEBUAH KEMATANGAN??

amirul imran Saturday, January 28, 2012
AS-SALAM

setelah hampir 3 tahun aku dan rakan-rakan JAD BATCH 10 sekalian meneruskan perjuangan di sini,, kami telah menyaksikan sendiri dengan mata yang dianugerahi Ilahi ini akan kegemilangan majlis graduasi senior-senior kami iaitu di Shah Alam Convention Centre pada tahun 2010 dan di PWTC pada tahun 2011.. dan dari situ lah,, mata mula bekerjasama dengan nafsu untuk menipu fikiran dalam menyimpulkan satu kenyataan bahwa majlis graduasi kami juga wajib diadakan di tempat yang berprestij seperti sebelum ini...

beberapa minggu lepas,, kami dikejutkan dengan satu berita yang amat mengguris hati,, iaitu Majlis Graduasi kami hanya akan diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Selangor, Shah Alam.. satu tempat yang jika dibandingkan dengan PWTC,, ibarat bumi dengan langit... sesuatu yang amat jauh perbedaan taraf nya... perasaan marah mula menyelubungi diri... fikiran mula berfikir secara negatif,, mulut juga mula mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengari... ini semua tidak lain tidak bukan,, kerana salah nafsu yang mula menipu mata hati kami.. dan ini bukan lah sesuatu yang matang kerna kami sudah berusia 20 tahun.. seharusnya mampu membezakan antara hak dan batil...
2

FARAH,, KEKASIH HATI KU

amirul imran Monday, January 2, 2012
AS-SALAM

Farah, bergitu indah nama kekasih pujaan ku itu,, kekasih yang menjadikan siang ku lebih terang meskipun dibawah bayangan awan, dan menjadikan malam ku lebih indah meskipun tanpa kehadiran bintang yang berkelipan... wajahnya yang redup umpama bulan di kayangan itu,, senantiasa mekar di ingatan walaupun jauh terpisah di barat dan selatan..

dulu hati ku kekosangan,, namun kini penuh terukir dengan namanya yang indah itu... saat pertama kali bertemu dengan kekasih ku itu,, dunia terasa berhenti seketika,, jam juga seakan tidak lagi mampu memutarkan jarum saat nya,, seolah-olah memberi peluang padaku untuk menikmati detik-detik indah itu dengan lebih lama..

 
Copyright 2010 . .