You Are Reading

1

DIMANAKAH NILAI SEBUAH KEMATANGAN??

amirul imran Saturday, January 28, 2012
AS-SALAM

setelah hampir 3 tahun aku dan rakan-rakan JAD BATCH 10 sekalian meneruskan perjuangan di sini,, kami telah menyaksikan sendiri dengan mata yang dianugerahi Ilahi ini akan kegemilangan majlis graduasi senior-senior kami iaitu di Shah Alam Convention Centre pada tahun 2010 dan di PWTC pada tahun 2011.. dan dari situ lah,, mata mula bekerjasama dengan nafsu untuk menipu fikiran dalam menyimpulkan satu kenyataan bahwa majlis graduasi kami juga wajib diadakan di tempat yang berprestij seperti sebelum ini...

beberapa minggu lepas,, kami dikejutkan dengan satu berita yang amat mengguris hati,, iaitu Majlis Graduasi kami hanya akan diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Selangor, Shah Alam.. satu tempat yang jika dibandingkan dengan PWTC,, ibarat bumi dengan langit... sesuatu yang amat jauh perbedaan taraf nya... perasaan marah mula menyelubungi diri... fikiran mula berfikir secara negatif,, mulut juga mula mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengari... ini semua tidak lain tidak bukan,, kerana salah nafsu yang mula menipu mata hati kami.. dan ini bukan lah sesuatu yang matang kerna kami sudah berusia 20 tahun.. seharusnya mampu membezakan antara hak dan batil...


namun,, bukan semua antara kami yang bersikap diluar kotak MATANG... masih ada yang matang fikirannya,, selari dengan usia yang sudah menjangkau 2 abad lamanya... dan mereka yang matang ini lah yang mula menasihati kami yang lain agar berfikir secara matang... berfikir agar dapat membezakan antara hak dan keinginan.. dan ternyata benar kata-kata mereka yang matang itu bahwa mengadakan majlis graduasi di tempat-tempat yang mewah hanyalah satu keinginan bukan satu hak yang wajib dituntut...

semua manusia inginkan sesuatu yang berprestij,, bergitu juga kami.. maka dalam kalangan kami,, terbentuklah satu majlis gerakan dalam menyampaikan keinginan kami ini... berharap agar pihak di atas kami sudi memberi sedikit ehsan untuk mengadakan majlis graduasi di tempat yang lebih berprestij.. satu tempat yang jika dibandingkan dengan PWTC,, tidak terlalu jauh jarak tarafnya... perlbagai perbincangan diadakan antara kalangan kami,, dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghantar surat kepada 'pihak di atas'...

2 hari lepas,, kami mendapat berita bahwa 'pihak di atas' ingin mengadakan perjumpaan selepas solat jumaat.. oleh itu,, perbincangan sekali lagi diadakan antara ahli majlis gerakan agar dapat disampaikan dengan jelas isi hati kami dan tentatif juga disediakan agar majlis itu nanti berjalan dengan teratur... 

semalam,, seperti yang dirancang,, perjumpaan telah diadakan dengan 'pihak di atas'... majlis gerakan telah melantik seseorang sebagai pengerusi majlis agar tampak bahwa kami adalah pelajar yang matang.. perjumpaan dimulakan dengan kata-kata pendahuluan oleh pengerusi majlis, seterusnya diiringi dengan bacaan doa,, moga-moga perjumpaan tersebut mendapat keberkatan disisi-Nya.. dan setelah mengaminkan doa,, ketua majlis gerakan mula mengambil alih dengan meyampaikan segala keinginan kami tersebut...

setelah disampaikan hasrat kami tersebut,, seorang 'pihak di atas' mula memberi perjelasan dan keputusannya,, majlis graduasi tetap akan diadakan di dewan serbaguna UNISEl...hmmm... kami menerima semua perjelasan tersebut dengan hati yang terbuka walaupun berat pada awalnya kerna kami pelajar yang dididik bukan sahaja di kelas oleh para lecturer tetapi juga di surau oleh abang-abang dan kakak-kakak naqib.. kami diajar untuk bersangka baik (husnuzon)...

namun,, apa yang ingin aku sampaikan ialah,, walaupun kami dikatakan tidak matang,, dari perjumpaan tersebut,, kami sendiri telah sedar bahwa siapa yang lebih matang... dan ternyata usia bukan penentu bahwa seseorang itu mampu menjadi matang... 

akhir kata,, aku sangat terharu dengan sokongan yang diberi oleh para lecturer... walaupun sesi perjumpaan diadakan dalam bahasa melayu,, mereka tetap datang memberi sokongan dari belakang... memang sesuatu yang amat mengharukan~~~

ini adalah kata-kata salah seorang lecturer aku;;


u2へ。i really really admired your attitude today. your 丁寧さ、冷静さ、dan スマイル taught me that you guys were much more adult than me who was too emotional to control the urge for jusctice :P
こうなったら、すてきな卒業式にしましょうね、絶対に。
(kepada u2. saya amat amat kagum dengan perangai anda hari ini. kesopanan, kematangan, dan senyuman anda semua telah mengajar saya bahawa kamu semua adalah lebih matang dari saya yang terlampau emosi dalam mengawal keinginan untuk keadilan.. :P
oleh,, jom jadikan hari garaduasi yang hebat!!!

dan ada juga seorang lecturer yang telah menghantar email kepada kami,, "should there be of any help we can do, please let me know"

sincerely,, I love all my lecturers... they are the best!!!

1 kata-kata manis:

Muz said...

saikou!

 
Copyright 2010 . .