You Are Reading

2

FARAH,, KEKASIH HATI KU

amirul imran Monday, January 2, 2012
AS-SALAM

Farah, bergitu indah nama kekasih pujaan ku itu,, kekasih yang menjadikan siang ku lebih terang meskipun dibawah bayangan awan, dan menjadikan malam ku lebih indah meskipun tanpa kehadiran bintang yang berkelipan... wajahnya yang redup umpama bulan di kayangan itu,, senantiasa mekar di ingatan walaupun jauh terpisah di barat dan selatan..

dulu hati ku kekosangan,, namun kini penuh terukir dengan namanya yang indah itu... saat pertama kali bertemu dengan kekasih ku itu,, dunia terasa berhenti seketika,, jam juga seakan tidak lagi mampu memutarkan jarum saat nya,, seolah-olah memberi peluang padaku untuk menikmati detik-detik indah itu dengan lebih lama..


walaupun kami berdua terpisah jauh,, diriku tetap yakin padanya kerana dia lah satu-satunya kekasih hatiku dan dirinya juga pernah berkata pada ku

"usahlah ragu pada ku wahai kakanda~~"

satu ayat yang cukup bermakna bagi ku dalam terus mencurahkan segala keyakinan padannya~~

hmmmm.. cerita yang ku coretkan di atas, adalah hanya perumpamaan semata-mata... sedarlah,, kekasih kita itu hanya lah manusia lemah,, yang tidak punya kuasa untuk menentukan segala-galanya.. dia mungkin berpesan untuk tidak ragunya padanya,, namun tidak semestinya dia akan berpegang pada kata-katanya.. dan ini berbeza dengan RAJA SEGALA RAJA yang mentadbir KERAJAAN SEGALA KERAJAAN iaitu ALLAH S.W.T....

yakinlah bahwa ALLAH pasti akan berpegang dengan setiap firman-NYA di dalam KITAB SEGALA KITAB iaitu Al-Quran..

"Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (al-Baqarah, ayat 2)

bergitu hebat nya mukjizat Al-Quran ini,, pada awal kitab,, kita sudah diyakinkan oleh ALLAH dengan firman-Nya itu... sekiranya kita mampu mencurahkan segala keyakinan pada kekasih kita,, kenapa tidak kepada Pencipta kita sendiri... tepuklah dada,, tanya IMAN...

p/s ; watak FARAH tu hanya rekaan semata-mata.. ha3x.. aku still single but unavailable.. =P... idea nak tulis post ni sebenarnya datang dari mimpi.. so,,, tak tahu lah kalau kekasih ku nanti benar-benar bernama FARAH..

btw,, seperti biasa,, sesiapa yg dah habis baca tu,, sudi-sudilah klik pada iklan NUFFNANG kat atas or bawah or tepi ni yerk.. dapat lah juga jana kewangan blog ni untuk terus hidup di alam maya.. huhu.. 


WASSALAM

2 kata-kata manis:

hakifays said...

wow!untungla si 'farah' tu.
boleh tahan jiwang tahap dewa budak kecik nih :D
single but unavailable tu tanda tak lama la nak merasa nasi minyak.ehe

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

@hakifays senpai..

hahaha.. 27~

 
Copyright 2010 . .