You Are Reading

0

JAPAN : MINGGU PERTAMA DI HACHIOJI SEMINAR HOUSE

amirul imran Monday, April 16, 2012 ,
AS-SALAM
keluarga, saudara mara.... di rumah nenek~
setelah lama menanti,, akhirnya masuk juga internet kat rumah aku ni~~ so,, mitak maaflah sesangat sebab lama tak update blog ni.. dah penuh sawang labah-labah kat sini.. hmmm

btw,, Alhamdulillah,, dengan izin ALLAH,, aku telah selamat sampai ke negara Jepun ni pada 25hb Mac yang lalu... hmmm. dulu,, sebelum aku sampai,, aku ada ah tanya kawan jepun aku sorang ni samada sejuk tak kat Jepun... and diaorg jawab,, tak sejuk sangat coz musim sejuk dah nak habis... tapi,, perghhhh.... biler aku sampai sini,,, terus naik menggigil seluruh badan aku.. kalau time waktu pagi,, kat mulut ni boleh keluarkan asap mcm budak-budak hisap rokok... mana tak nya,, suhu pada waktu tu lebih kurang 5 darjah celcius.. dah macam duduk dalam peti ais... tapi,, nasib baiklah dah bawak baju tebal siap-siap,, boleh lah defend badan ni dari kesejukan melampau tu....
gambar aku bersama ngan kawan-kawan satu sekolah di KLIA.. terima kasih kerana sudi hantar aku dan fiqa~
kini kaki ku sudah menakluki bumi JEPUN!!!! at Narita Airport
opsss,, lupa nak britahu.. walaupun dah sampai Jepun,,, kitaorang tak terus pergi ke universiti masing-masing.. tapi,, kami berkampung dahulu di Seminar House,, Hachioji selama seminggu... so,, kat sini lah pihak yang berkenaan memberi taklimat kepada kami berkenaan kehidupan yang bakal kami hadapi di sini.. hmmm.. macam biasa,, aku tak nak cakap panjang sangat.. better korang tengok sendiri 

menaiki bas dari Narita Airport ke Hachioji Seminar House

menunggu waktu makan..
di Hachioji Seminar House

bermain basketball di hadapan dewan makan..
di Hachioji Seminar House

di Hachioji Seminar House

menunggu bas untuk ke bandar barang elektronik,, Akihabara

dalam train ke Akihabara

puss in boots... 
 kat Malaysia,, dah lama keluar movie ni.. aku dah tengok 2 kali.. tapi jepun,, hmmmm.. ketinggalan betul~~ susah lah aku mcm ni~~ aku ni dah lah kaki wayang...

shopping time...
di Factory Outlet, Minami Oosawa
pakaian kat sini,, perghhhh,, semua nya brand yang terkenal,, tak de pun yang chikai-chikai... tapi,tapi,, walaupun brand terkenal,, barang kat sini semuanya murah-murah jek.. mana tak nya,, inikan factory outlet,,, semua barang adalah terus dari kilang.. then,, kalau korang datang awal pagi,, dalam pukul 10 pagi hingga 12 tengahari,, sesetengah kedai akan jual barang diaorng 30% lagi rendah dari harga asal...

pemandangan dari bilik..
di Hacioji Seminar House
\
pemandangan Gunung Fuji dari Hacioji Seminar House

sunrise!!!!
di Hacioji Seminar House
 waktu ni,, subuh,, pukul 3.50 mcm tu dah masuk.. so,, lepas subuh tu,, mmg aku tak tidur semata-mata nak tunggu matahari terbit.. perghhhh... tapi Alhamdulillah,, penantian aku memang berbaloi.. memang lawa giler pemandangan waktu tu.. 

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya." Al-Anbiya, ayat 33.

teman kawan pergi shopping...
di Minami Oosawa

Minami Oosawa

pemandangan dari atas bumbung
di Hachioji Seminar House

menuju ke awan!!
Hachioji Seminar House

dah nak masuk musim bunga.. yahoooo!!!
di Hachioji Seminar House...
sekian dulu untuk post kali ni,, ada masa,, aku post lagi untuk cerita seterusnya...

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .