You Are Reading

0

JAPAN : RUMAHKU!!

amirul imran Friday, April 20, 2012 ,
AS-SALAM

semalam,,after kelas,,aku terus gerak pergi umah kawan aku yang belajar di Keio University... huhu... kalau korang nak tahu,, keio university ni adalah top 10 kat dunia... hebat bukan?? hekhek.. btw,, semalam,, after lunch ngan kawan aku tu,, dia bawaklah aku pusing-pusing dalam kawasan universiti dia tu..




jalan nak ke keio.. perghhh!!!



hakhak.. post ni dah jadi macam "JAPAN : PERSINGGAHAN DI KEIO UNIVERSITY" plak.. hmmm.. ok2x.. kita sambung ngan tajuk kita yang sepatutnya "JAPAN : RUMAHKU!!!"... ok,, gambar yang paling atas tu adalah gambar bangunan rumah aku.. SUZUKI COURT HOUSE nama nya.. gambar tu amek kat internet je.. hekhek...

nak tengok gambar dalam rumah?? teruskan pembacaan korang~~

bilik aku

tandas

bilik mandi

bilik kawan aku

dapur

tempat simpan barang

gambar-gambar kat atas ni adalah gambar waktu mula-mula aku masuk rumah ni.. kalau nak tengok gambar after kitaorg dah shopping sakan beli barang rumah,, sila tengok kat bawah~~

tempat ku beradu
 katil tu aku beli secondhand je... dalam 5000 yen (RM180).. siap ada lampu tidur lagi,, so boleh ah aku baca buku sebelum tidur... hebat bukan?? then,,  futon yang warna biru tu,, aku beli baru... harga dia lebih kurang RM370 mcm tu.. lembut giler futon aku tu... pagi-pagi,, mmg susah nak bangun,, rasa nak berselimut je dalam futon tu sepanjang hari...

owh,, nak cerita pasal langsir yang kat belakang tu plak... at first,, aku beli langsir warna biru gelap.. tapi,, after balik rumah and try pasang langsir tu,, rupa-rupanya aku salah pilih saiz.. saiz yang aku beli tu kecik... so,, aku pergi lah semula ke kedai tempat aku beli langsir tu,, tapi malangya,, saiz yang sesuai ngan tingkap rumah aku tu,, kena tempah dulu and 4 hari baru dapat.. uishhh.. bayang kan lah kalau 4 hari aku duduk dalam bilik tu tanpa langsir... perghhhh... aku buat ape saje,, comfirm orang boleh nampak dari luar.. malu gue~~~ so,, aku beli lah langsir yang tak perlu nak tempah2x dulu... hmmm..

meja study
tempat simpan barang

tandas
 nampak tak apa perbezaan antara gambar tandas yang waktu mula-mula aku masuk rumah dengan gambar kat atas ni?? hek3x.. jawapan dia ialah,, WASHLET!!!! orang jepun,, diaorg guna tisu je after buang air besar,, so kami orang melayu ni,, terpaksalah pasang washlet.. hmmm.. guna washlet ni memang best coz kita boleh set suhu mangkuk tandas tu.. so,, time sejuk-sejuk macam sekrang,,memang best duk atas mangkuk tandas tu.. suam-suam kuku gitu~~ washlet ni harga dia,, lebih kurang RM560.. mesti korang rasa mahal kan?? tapi washlet ni lah yang paling murah pernah kami jumpa...

dapur
 peti sejuk tu beli secondhand je,, RM300 mcm tu... then,, kettle hijau tu beli dari senior,,RM35... then,,, rice cooker ngan dapur tu beli first hand,, tapi tak ingat dah harga dia.. hmmm

btw,, sewa bulanan rumah aku ni ialah 70000 yen.. atau kalau convert dalam RM,, kira-kira 2620 ringgit...

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .