You Are Reading

0

JAPAN : DISNEY-SEA!!!

amirul imran Friday, May 11, 2012 ,
AS-SALAM

hohoho... dah lama aku tak update blog ni.. hmmm,, jujur,, aku ingatkan nak stop ber'blog'ing ni,, tapi ntah kenapa,, rasa nak kongsi something tu tetap kuat.. so,, kali ni nak cerita pasal aktiviti aku pada kira-kira sebulan yang lepas...

so nak dijadikan cerita,, kitaorang budak SIT dan juga beberapa kawan yang lain, telah mengisi masa hujung minggi dengan berseronok di Disney-SEA... ok,, biar aku cerita serba sedikit pasal Disney-SEA ni dulu.. hmmm.. biasa orang akan kenal Disney-LAND je,, tapi sebenarnya ada lagi satu theme park iaitu Disney-SEA. kalau ikut cakap orang, LAND lebih kepada budak-budak,, manakala yang SEA plak lebih kepada orang dewasa macam aku.. hoho.. tapi, tapi,, aku tak tahu lah benda tu betul ke tak,, coz aku tak masuk lagi Disney-LAND tu.. btw,, kedua-dua theme park ni terletak di daerah Chiba,, then,, train station yang paling dekat ialah Maihama.. 

ok,, tiket masuk ke Disney-SEA ialah 6200 Yen,, or kira-kira 240 ringgit malaysia.. hmmm.. mahal kan?? tapi,, kalau pergi hari minggu,, student boleh dapat murah sket... btw,, tiket ni adalah untuk satu hari.. so,, korang boleh keluar masuk ikut suka je dalam masa sehari tu... 


so,, mcam biasa,, korang tengoklah gambar yerk... tapi,,, gambar pemainan tak de sangat,, coz tak leh nak amek gambar.. hakhakhak...

Mickey Mouse Train
 untuk sampai ke gate Disney-SEA,, korang kena naik train ni~~










start pukul 8 malam,, akan ada show kat tasik... mmg best ah.. then dalam pukul 8.30 plak,, akan ada persembahan bunga api.. setiap hari!!!


kalau nak tengok lagi banyak gambar,, sila lah ke link ini.. (ini)

btw,, kalau korang nak mengelak dari beratur panjang,, korang cepat-cepat lah pergi amek tiket FAST PASS.. tapi tiket ni valid untuk masa tertentu dan untuk pemainan tertentu je... then,, korang just leh amek sekeping je tiket tu.. after dah guna,, barulah boleh amek tiket yang lain.. macam hari tu,, aku sempat amek tiga tiket je,, so ada tiga pemainan yang aku tak yah beratur... yang lain kena beratur hampir satu jam... hmmmmm

owh lupa lak nak cakap,, makanan dari luar tak leh bawak masuk ke dalam... so,, kalau korang nak bawak masuk gak,, pandai-pandai lah simpan dalam bag sampai orang yang check kat gate tu tak nampak... huhu.. jangan risau coz dia tak selongkar pun,, dia just tengok beg kita mcm tu je...

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .