You Are Reading

1

JAPAN : KAMOGAWA SEAWORLD

amirul imran Saturday, May 19, 2012 ,
AS-SALAM

ok,,, sebelum aku bercerita tentang kamogawa seaworld ni,,, mcm biasa aku akan bercerita pasal kehidupan aku dulu.. so,, sabar yerk...  he3x...

oleh kerana aku ni seorang yang mementingkan kekemasan (tetttt.. itu adalah bohong semata-mata),, so,, aku telah membuat keputusan untuk memotong rambut aku yang sedikit panjang ni.. meskipun ramai antara rakan-rakan muda ku yang lain berpendapat,, "hidup di luar negara adalah satu peluang untuk simpan rambut panjang!!!",, tapi bagi aku,, rambut panjang itu akan menyerabutkan lagi hidup aku yang dah pun sedikit serabut ini.. hmmm.. kalau kat malaysia,, aku lebih prefer pergi gunting rambut di kedai yang ada tampal gambar-gambar model rambut di dinding... so,, kalau si gunting rambut tu tanya aku nak gunting rambut style mcam mana,, aku just guna jari telunjuk aku smbil berkata,, "saya nak style mcm model gambar no 5.".. senang dan mudah bukan?? so,, nak jadikan cerita,, kat rumah aku di ichikawa ni,, ada dalam lebih 5 buah kedai gunting rambut,, tapi malangnya,, semua tak de gambar kat dinding... aku pasrah.. kali ni terpaksa lah aku cerita sendiri kat tukang gunting tu aku nak style mcm mana.. hmmm.. kan bagus kalau kat Malaysia,, tak perlu lah aku nak susah-susah guna suara aku.. hmmm.. redha dan pasrah.. ok part klimaks dalam story aku ni ialah pasal charge gunting rambut... korang semua tahu aku kena brape ringgit (after tukar dari matawang jepun)??... RM138 bebbbb!!!!!! perghhhh... 

huhu... ok,, dah-dah.. jom kita baca post untuk kali ini iaitu KAMOGAWA SEAWORLD... yeahhhh!!!! 


aku tak ingat aku pergi bila,, tapi yang pasti dalam 2 atau 3 minggu lepas lah...jarak seaworld ni dari rumah aku ialah kira-kira 100 km... perghhh,, jauh bukan.. tapi nasib baik lah,, senior yang ajak aku jenjalan jauh ni ada kereta sendiri.. so,, tak perlu susah-susah nak train... ok,, pasal tiket masuk plak,, untuk orang dewasa mcm aku ni,, harga tiket adalah kira rm111.. tapi, tapi,, kalau korang bawak student card,, dapat lah murah sket iaitu kira-kira RM83.. hoho..

ha3x.. macam biasa,, korang tengok sendiri lah gambar-gambar yang aku amek kat sana.. kalau aku cerita panjang lebar pun,,, korang mesti susah nak bayang kan... =)


first time jumpa pantai di Jepun!!!
 walaupun excited giler jumpa pantai,, tapi tetap kecewa coz pantai kat jepun,, pasir dia warna hitam,, tak mcam kat malaysia.. rindu malaysia.. sob3x..






rafiq senpai dan liyana senpai!!!
 2 orang senpai yang sangat baik hati.. suka benor bawak kitaorg pergi jenjalan... aishhhhh





huhuhu... indah bukan gambar kat atas??? tapi ingatlah,, faktor indahnya gambar kat atas bukan kerna pandainya aku amek gambar (walaupun itu adalah salah satu faktor.. hek3x),, tapi faktor yang utama ialah,, bertapa hebat dan bijak nya ALLAH dalam menciptakan kehidupan di dunia ini dengan penuh cantik dan indah... Masya-ALLAH!!!

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang mengerti." Al-Baqarah ayat 164

sekian sahaja untuk post kali ni.. kalau nak tengok lagi banyak gambar,, boleh lah tekan link ini --> link

1 kata-kata manis:

Anonymous said...

Very nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have really enjoyed surfing around your blog
posts. In any case I will be subscribing on your rss feed and I'm hoping you write once more very soon!
Also see my website - Computer Repair

 
Copyright 2010 . .