You Are Reading

2

SURAT SAIDINA UMAR KEPADA SUNGAI NIL

amirul imran Wednesday, July 11, 2012
AS-SALAM

dalam usrah minggu lepas,, telah diceritakan oleh seorang sahabat aku tentang "Surat Saidina Umar kepada Sungai Nil"....

Semasa pemerintahan khalifah yang ke-2 iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a., beliau telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As sebagai Gabenor di Mesir. Sebahgian daripada penduduk Mesir ketika itu telah menganut agama Islam, manakala yang lain masih berpegang kepada ajaran asal nenek moyanag mereka.. 

"Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepaa simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Al-Baqarah ayat 256


Diriwayatkan telah berlaku sesuatu yang aneh iaitu air Sungai Nil semakin surut dan tidak melimpah-limpah seperti biasa. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk Mesir kerana air Sungai Nil menjadi sumber air utama penduduk di sana.

Lalu penduduk Mesir melaporkan kejadiaan aneh tersebut kepada Gabenor Amru al-As. Kata mereka;

"Sungai Nil boleh menjadi kering sekiranya permintaanya tidak ditunaikan."

"Apakah permintaannya", bertanya Gabenor Amru.

"Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun untuk mencari seorang gadis yang cantik rupa paras. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Setelah itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula." jelas mereka.

Walaupun sebahgian penduduk Mesir telah memeluk Islam, dalam diri mereka masih tertanam kepercayaan Jahiliah yang diamalkan sejak turun-temurun. Gabenor Amru tidak bersetuju dengan permintaan mereka kerana adat tersebut adalah khurafat dan syirik kerana menyembah selain Allah..

"(Beribadahlah) Dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh" Al-Hajj ayat 31

Gabenor Amru meminta penduduk Mesir untuk bersabar telebih dahulu kerana ingin meminta pandangan dari Saidina Umar sendiri..

Setelah sampai kepada Saidina Umar akan masalah tersebut, lalu Saidina Umar menulis surat kepada Gabenor Amru.

"Tindakanmu itu benar wahai Amru, Islam memang datang untuk menghapuskan adat yang buruk seperti mengorbankan gadis ke Sungai Nil itu. Untuk mengatasi masalah ini, dan demi kebaikan penduduk Mesir, aku sertakan bersama surat untuk kau leparkan ke dalam Sungai Nil"


Lalu Gabenor Umar membuka surat yang ditujukan khas kepada Sungai Nil itu dan membacanya, sebelum dilontakan surat tersebut ke dalam Sungai Nil. Isi kandungan surat tersebut berbunyi;


"JIka engkau mengalir kerana kemahuanmu, maka janganlah kamu mengalir. tetapi jika engkau mengalir kerana Allah SWT, maka aku meminta kepada ALLAH yang Maha Esa agar menjadikan airmu mengalir seperti biasa"


Setelah itu air Sungai Nil mula mengalir seperti biasa dan dikatakan Sungai Nil tidak akan surut sehingga kiamat meskipun kemarau yang panjang melanda...

2 kata-kata manis:

man said...

zaman skrg ada ke percaya bnd mcm ni..hehehe

Anonymous said...

whats up imransainsdungun.blogspot.com blogger found your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your website http://bestwebtrafficservice.com they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Mike

 
Copyright 2010 . .