You Are Reading

0

TEKA TEKI TAHAP CIPAN (BY ALBERT EINSTEIN)

amirul imran Friday, July 6, 2012
AS-SALAM

hari ni kawan aku post satu teka teki.. katanya,, teka teki ni diciptakan oleh seorang saintis terkenal iaitu Albert Einstein sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1955... beliau kata soalan ni hanya mampu dijawab oleh 2% orang dalam dunia ni.. so maknanya,, 98% penduduk bumi yang lain,, tak mampu nak selesaikan soalan ni...

hanya 2% orang yang mampu jawab???!!! biar betul??!! tak kan aku pun tergolong dalam 2% tersebut?? hmmmmm... so,, kalau korang nak tahu samada korang ni golong 2% atau 98%,, korang cubalah jawab soalan kat bawah ni yerk... tapi aku yakin,, ramai je mampu jawab soalan ni coz tak susah mana pun... aku rasa,, Albert Einstein tu saje je bergurau supaya ramai orang yang akan jadi bersemangat nak jawab soalan dia ni... btw,, soalannya adalah seperti berikut; 


~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi
SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .