You Are Reading

0

Bencana (The Calamity)

amirul imran Friday, February 1, 2013 ,
As-Salam
http://www.peakoilblues.org/blog/wp-content/uploads/2011/03/Desktop-Background.bmp


hari ni tak nak cakap panjang,, sebab tekak aku kering dek cuaca yang agak sejuk di sini... hehe.. amat poyo di situ kan?? haha.. tapi seriously,, tekak aku memang kering...  Jepun ni tak sama macam kat malaysia yang walaupun panas, tapi udara lembap.. kalau kat sini,, datang lah musim panas ke, musim sejuk ke, udara tetap kering,, sebab tu badan asyik gatal-gatal, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk macam sekarang.. so, kalau tengok kitaorang selalu garu-garu badan tu,, jangan fikir yang badan kitaorang gatal-gatal sebab tak mandi plak,, tapi yang sebenarnya badan kitaorg gatal-gatal sebab kering.. hahaha.. 

ok lah, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua berkenaan dengan tafsir surah Al-Qariah... aku belajar tafsir ni dekat masjid subuh tadi..




1. Hari yang menggemparkan.
2. Apa dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah : Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar bertebangan
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,
7. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
9. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
11. (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.


Pada ayat pertama, Allah berfirman, "Al-Qariah". Al-Qariah membawa maksud bencana. Bencana yang dimaksudkan bukanlah bencana seperti kucing cik Arini dilanggar lori, mahupun Pulau Tioman dibom dengan bom atom sehingga tenggelam satu pulau dengan isi-isinya.. Tetapi bencana disini adalah sesuatu yang tidak mampu digambarkan oleh otak manusia, apatah lagi direka dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6, kerana bencana yang dimaksudkan oleh Allah ini adalah sesuatu yang terlampau dahsyat sehingga menggongcang hati manusia.. Qar itu sendiri membawa maksud mengetuk sesuatu sehingga menghasilkan bunyi.. Al-Qariah ini adalah nama lain untuk hari kiamat..

Kemudian, pada ayat kedua Allah bertanya, apakah maksud Al-Qariah itu?

Dan pada ayat ketiga, Allah bertanya lagi, adakah ada cara untuk kita mengetahui akan kedahsyatan hari tersebut?

Setelah itu, Allah menerangkan apakah itu Al-Qariah... Pada ayat ke-4, Allah mengatakan manusia ketika itu akan resah gelisah kerana bingung dengan apa yang sedang berlaku ke atas mereka. Manusia ketika itu digambarkan seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.. Orang Malaysia mesti kenal dengan kelkaltu ni kan?? Kalau kita tengok kelkaltu, mereka ni terbang ke mana sahaja asalkan tempat tu ada cahaya.. Kadang-kadang mereka terbang ke unggun api sehingga membakar diri sendiri.. Bodoh bukan?? tapi sebodoh-bodoh kelkatu pun,, mereka tak akan dibangkit pada hari akhirat... hmmm

Seterusnya pada ayat 5, Allah berfirman bahawa gunung-ganang akan menjadi seperti bulu yang dibusar bertebangan.. Kalau korang nak dapat gambaran kecil, korang just belah bantal tidur korang yang dalamnya ada kapas atau bulu kambing biri-biri tu, then korang tiup kuat-kuat... mesti bersepah bilik korang dengan bulu-bulu kambing biri-biri...  haaaa,, macam tu lah gambarannya.. tetapi satu nasihat aku nak bagi, korang nak buat benda ni, jangan sampai mak korang tahu, nanti tak pasal-pasal korang kena kejar dengan pisau sebab belah bantal kat rumah.. haha

Pada ayat 6 dan 7, Allah berfirman bahawa manusia-manusia akan ditempat mengikut amalan masing-masing didunia.. sekiranya amalan baiknya banyak, maka Allah akan tempatkan mereka di syurga. Radiah pada penghujung ayat 7 itu sendiri bermaksud berpuas hati.. Sebagai contoh kalau kita pergi kedai makan, dan kita order Ketam Masak 3 Rasa.. then, after 10 minit, pesanan kita pun sampai,, dan kita pun makan lah sampai habis sebab masakan kat kedai tu best... so, apa perasaan korang?? aku tak tahu lah korang rasa apa, tapi bagi aku benda tu biasa ah sebab memang kita bayar untuk diaorang masak.. kalau tak pandai masak, baik tak payah bukak kedai,, kan?? tapi, tapi, tapi... yang kali ni,, kalau kita order ketam masak 3 rasa,, bukan ketam tu je sampai, tapi, dengan nasi putih, jus tembikai, kek coklat, sayur kankung, habis semua benda dia hantar kat meja kita secara percuma.. padahal kita bayar untuk ketam 3 rasa je... so, mesti kita rasa puas hati giler giler kan?? haaa~ itu lah maksud radiah kat ayat 7... btw, kita selalu silap dengan mengatakan bahwa seseorang yang melakukan kebaikan lebih banyak dari keburukan, akan masuk syurga.. silap besar disitu... sebenarnya, seseorang itu masuk syurga adalah dengan rahmat Allah, bukan dengan banyaknya kebaikan seseorang.. apa guna kalau kita selalu buat kebaikan, tetapi tiada Rahmat Allah,, tetap kita akan dicampakkan ke dalam neraka seperti setinggan-setinggan yang buang sampah ke sungai Klang..  dan sebab itu lah orang Kafir, kalau mereka buat kebaikan banyak mana sekalipun,, mereka tetap akan masuk neraka,, sebab Rahmat Allah terhadap orang kafir hanya terbatas di dunia sahaja... hmmm~

Pada ayat 8 hingga 11, Allah berfirman bahawa orang yang ringan amalnya akan disumbat ke Haawiyah.. so, apa itu haawiyah?? haawiyah adalah neraka... pada ayat 9 ada perkataan ummu, yang membawa maksud ibu.... faommuhu hawiyatun, ibu kamu adalah haawiyah... kenapa Allah berfirman seperti itu? cuba kita bayangkan,, kalau kita ditimpa kesedihan dan tiada tempat untuk bergantung, mesti kita akan balik ke dakapan ibu kita kerana dalam pelukan ibu itu lah kita merasakan tempat yang paling selamat dan tenang di dunia,, kan?? kerana tempat kita adalah disisi ibu kita sendiri.. so, bergitu jugalah dengan manusia yang ringan amalannya,, tempat mereka adalah (Haawiyah) neraka..Ibn Jarir berkata, "Al-Hawiyah dipanggil ibu kerana dia tidak mempunyai tempat tinggal yang lain kecuali ia".. pada ayat terakhir, Allah mengatakan bahawa Al-Hawiyah itu ialah api yang panas membakar... dalam satu hadis yang direkodkan oleh Iman Ahmad dari Abu Hurairah, rasulullah telah bersabda, "penduduk neraka yang diberi azab paling ringan ialah akan diberikan 2 selipar (dibuat dari api neraka) sehingga menggelegak otaknya".. 

ok itu sahaja yang aku nak kongsi hari ni.. semoga bermanfaat.. insya-ALLAH.. =)

0 kata-kata manis:

 
Copyright 2010 . .