You Are Reading

4

JAPAN : SNOWBOARD @ RYUUOU SKI PARK

amirul imran Tuesday, February 19, 2013 , ,
as-salam

sebelum aku masuk ke topik yang sebenar,, aku nak perkenalkan kepada korang smua akan sorang kawan aku... dia ni memang rapat giler-giler dengan aku... hampir setiap masa dia akan bersama aku,, kecuali waktu tidur je.... maknanya,, aku bukak je mata dari tidur,, terus dia akan duduk rapat-rapat,, kadang-kadang,, aku tak sempat bukak selimut lagi,, dia dah masuk baring sebelah aku.. geli bukan??? tapi aku rasa,, korang semua pun ada kawan macam ni... kalau yang aku ni,, aku panggil dia MALAS.. tak tahu lah korang panggil dia ape... hmmm.. aku dah try macam-macam cara untuk elak,, tapi dia tetap datang... dia ni,, kalau datang time aku bukak facebook ke, time aku nak main game ke,, tak pe gak,, tapi tak... dia suka benor datang time aku baca buku... uishhhhh... bahaya-bahaya... korang tahu macam mana cara nak mitak dia lari dari kita?? =)


ok,, kali ni aku nak cerita pasal aku main snowboard kira-kira 2 minggu yang lepas.. aku ulang,, 2 minggu yang lepas!!! tapi badan aku still sakit-sakit lagi coz banyak jatuh.. =( ye ah,, budak first time main,, jatuh tu adalah perkara biasa.. kita nak belajar jalan time kecik-kecik dulu pun,, selalu jatuh kan??? 

tapi,, tapi,, tapi,, hari first je aku banyak jatuh,, hari 2 dan ke-3 dah tak jatuh.. dah pandai dah pun.. hehehehe... tapi yang sadisnya,,, aku still tak pandai nak buat S-style... hmmm~ reason nya,,, sebab aku salah amek board.. sepatutnya aku guna yang goofy, tapi terpinjam yang regular.. hmmm.. nasib badan~ hehehe.. tapi ada 1 benda yang aku bangga,,, aku dah pandai buat style 540 degree... maksudnya,, aku buat 'O', campur separuh 'O'... =) (hahaha.. yang ni aku kebetulan jadi pandai buat sebab time ni nak belajar break depan... hahahaha)

S-style

ok lah,, dah tak tahu nak cerita apa lagi pasal snowboard aku ni.. huhuhu.. but for sure,,, memang terbaik ah snowboard tempoh hari... best giler!!!! walaupun aku ni jenis yang lmbat pandai,, tapi aku tetap akan cuba berusaha walaupun badan akan jadi sakit-sakit... huhuhu.. 

si pian baju hijau
 uishhh,, dia ni memang cepat belajar... dah pandai buat S-style dah pun... jelous-jelous..

si imran...
 ini aku.. hahaha.. budak ni bergaya je lebih, tapi tak pandai pun... dah masuk hari ke-3,, S-style pun tak lepas-lepas.. sadisssssss..

si ezwan..
 dia ni pun hebat gak macam pian... =)

si pian lagi...

si amin bazli...
kalau korang nak tengok lagi banyak gambar,, sila tekan di sini.. (tekan)


btw, lokasi snowboard aku ialah di Ryuuou Ski Park,, iaitu kira-kira 3.5 jam kalau naik bas dari Tokyo... total kos bas, makan, hotel, smua ialah kira 23000 yen,, atau kira-kira RM900.... murah bukan??? =)

hahaha.. seminggu aku amek masa untuk siap tulis post ini.. (-.-").. bertapa hebatnya penangan kawan aku yang bernama MALAS ini..

4 kata-kata manis:

Has said...

Haha. Kena tambah sorang lagi kawan namanya kakak rajin :D

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

@has sensei...

hehehe.. kakak raji tu tak sudi nak berkawan dengan saya.. tak handsome agak nya.. huhuhuh

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

*kakak rajin

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Copyright 2010 . .